Wednesday 14 December 2011

BerMuraqabah lah kita..

Bismillah..
Dengan Nama Allah kumulakan penulisan ini ..
Semoga mampu memberi kesedaran kepada sy yang menulis dan sahabat yang membacanya..
Tiada lain harapan fiza melainkan agar penulisan ini dicatat di sisi Allah sebagai Ibadah kepadaNya..


Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”
(QS. Al Hujurat: 13)


Alhamdulillah petang semalam fiza tengok TV Al Hijrah..pada masa itu berlansung rancangan Madrasah Akhlak.. Tajuk perbincangan pada petang itu ialah : 
Al Muaqabah..
Al Muaqabah bermaksud menghukum diri di atas penyesalan selepas melakukan dosa kepada Allah SWT.. Muaqabah bertujuan utk mencari jalan penyelesaian kepada masalah yg dihadapi..selain itu, ianya juga untuk mendapat keredhaan Allah SWT...
Sahabat sekalian, 
melakukan proses Muaqabah bukanlah bermaksud kita untuk menghukum diri sampai  ke peringkat "membunuh diri"..hehe. 
Antara kisah yang boleh kita jadikan sebagai contoh terbaik utk bermuaqabah ialah:
Diceritakan suatu ketika dahulu, ketika Saidina Uthman Al Khatab dalam kesibukan kerja nya, beliau terlewat untuk mengerjakan solat Maghrib..Apabila beliau selesai  solat, beliau menyesali perbuatannya kerana beliau sedar..bahawa beliau terlalu asyik dengan urusan dunia hingga terlupa urusan akhirat..
Lalulah, beliau bermuaqabah dengan cara memerdekakan 2 org hambanya..
Contoh kedua pula :
Diceritakan bahawa seorang sahabat Rasulullah SAW yang bernama Tamin Ad-Dari, seorang yang tidak pernah meninggalkan solat tahajjud. Pada suau hari, beliau sangat keletihan lalu tertidur dgn lena pada malam tersebut sehinggalah datang waktu subuh.. Lalu keesokkan harinya, beliau menghukum dirinya dengan menggantikan kesilapannya itu dengan melakukan solat tahajjud bermula selepas solat Isya' sehinggalah waktu subuh selama 1 tahun..Subhanaallah..Allahu Akbar..!
Sampai begitu sekali pengorbanan mereka kan?
" Dosa besar boleh terhapus dengan bertaubat nasuha..,mengalirnya air mata taubat..serta menyesali perbuatan dosa yang lalu...manakala Dosa kecil pula boleh terhapus dengan cara kita berMuaqabah.."
Dengan bermuaqabah kita boleh mewujudkan rasa takut kepada seksa Allah SWT.. dalam kehidupan seharian kita, kadang2 kita tidak mampu lari dari melakukan dosa..tak kira sama ada dosa itu dosa kecil ataupun dosa besar.. Oleh itu, kita boleh mempraktikkan bermuaqabah dalam kehidupan seharian kita.. sebagai contoh:
    " Sekiranya kita terlewat solat Asar sehingga "hampir" masuk waktu solat Maghrib, jadi kita boleh bermuaqabah dengan berazam untuk memberi derma kepada pihak surau seberapa banyak yang kita mampu.."


Ada seorang kakak bertanyakan kalau dekat FB terdapat seorang sahabat yang "macam" sedang mencela dirinya sendiri dengan meng"updatekan" statusnya yang berkata (contoh) : "laaa..pagi ni aku terlewat solat..B----nya aku! ". Apakah ornag itu sedang dikira mengaibkan dirinya sendiri? Adakah perbuatannya itu dikira sebagai bermuaqabah? 
Jadi ustaz itu jwp : " Kawalan di FB seharusnya berasaskan dengan ILMU dan AGAMA bukannya MORAL dan AKHLAK...buat apa kita nak buka aib sendiri..bukankah Allah SWT sentiasa menutup aib kita? " =)
Oleh itu, sahabatku sekalian, kita seharusnya ada "sistem Muraqabah" dalam hidup kita..Sebab dengan bermuaqabah kita telah membuat satu daripada langkah kita untuk mendekati Allah SWT..InsyaAllah!
Sesungguhnya, " Allah itu Basirun - Maha Melihat "...
Wallahu'alam..=)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...