Monday 12 December 2011

Madah buat Semua....=)



Alhamdulillah,
Syukur kepada Allah ya Rahman ya Rahim, yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..di atasa IlmuNya dan kesempatan masa yang diberiNya untuk sama-sama kita mendapat manfaat daripada Asmaul HusnaNya..
Sesungguhnya di sebalik nama-namaNya terkandung kehebatan, keanggungan, kemuliaan, keampunan dan keajaibanNya. Hanya dengan menghayati namaNya yang indah ini, mampu membuka tabir antara seorang hamba dgn Rabbnya..
Laman Blog ini adalah manifestasi daripada hasil yg telah diperolehi sepanjang perjalanan hidup seorang dai'e yang masih mencari cahaya Nya..
Selain itu, Laman Blog ini turut merupakan satu wacana bagi menyuarakan bicara yang lahir dari hati nurani yang paling dalam yang telah diciptakan oleh Allah SWT. Diharapkan sahabat sekalian mampu menjadi pembaca yang setia serta saling  berkongsi-kongsi pendapat mahupun ilmu dengan fiza..=)
p/s: Sahabatku, sekiranya sahabat sekalian ingin berkongsi apa2 ilmu ataupun cerita,pengalaman dan sebagainya, fiza amat berbesar hati utk membantu sahabat sekalian utk saling berkongsi di laman blog ini..hal ini kerana, blog ini diwujudkan ats dasar ingin mewujudkan medan perkongsian ilmu dengan sahabat..mudah-mudahan hati kita sama2 gembira dan harapan fiza tidak lain tidak lah bukan supaya Allah SWT memberkati ilmu yang telah kita kongsi bersama. InsyaAllah..

Sahabat yang budiman, Allah SWT itu sewajarnya mendapat pujian dari hamba-hambaNya setiap masa kerana kasih sayang, perlindungan, dan pertolongan yang kita kecapi setiap saat adalah datang dariNya. Tetapi selama ini kita tidak mampu memuji Allah SWT dan merasa kagum denganNya kerana tidak nampak itu semua. Malah, yang nampak adalah kasih sayang makhluk, perlindungan dan pertolongan yang diberikan oleh makhluk. oleh itu, jadilah hamba yang mengagungkan makhluk melebihi Allah SWT. ungkapan di bibir sesungguhnya tidak memberikan apa-apa erti dalam hidup kita kerana pergantungan masih kuat kepada makhluk berbanding pergantungan kepada Allah SWT.

Sebenarnya, kita masih mampu memujiNya, merendah diri , menginsafi diri dan memohon serta bergantung kepadaNya. Diikuti dengan keyakinan yang padu dan melihat setiap keajaiban yang berlaku, kita dapat merasakan bahawa kita amat dekat denganNya. Dia amat dekat dgn kita, malah lebih dekat dari urat leher kita.. Subhanallah!

Semoga dengan membaca laman blog yang serba kekurangan ini, mampu membuat satu anjakan paradigma dalam pemikiran, jiwa dan perubahan tindakan sahabat sekalian sehingga mampu menjadikan diri benar-benar hamba Allah SWT dan pengikut kekasihNya, Nabi Muhammad Bin Abdullah, Rasulullah SAW..dan seterusnya mengecapi kebahagiaan dunia dan akhirat, InsyaAllah!

Salam kasih sayang dari seorang insan kerdil kepada seluruh sahabat di dunia ini. Maaf sekiranya terdapat kelemahan di dalam bicara ini.. Yang baik itu adalah dari Ya Alim dan yang salah itu dari diriku yang masih belajar dari Ya Alim..
InsyaAllah, jumpa lagi di lain wadah..=)
Wassalam..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...