Tuesday 20 December 2011

"Hati" yang penting ~ by i Love Islam..


Mata dan hati mempunyai hubungan erat yang tidak boleh dipisahkan. Segala yang dilihat oleh mata terus dihantar ke hati. apabila mata melihat sesuatu, mata dengan cepat menghantar isyarat ke hati. kemudian hati segera membuat tindakan susulan. Apa pun tindakan yang dibuat oleh anggota tubuhselepas menerima arahan daripada hati tidak akan terlepas begitu sahaja pada hari akhirat. Semua anggota tubuh dipertanggungjawapkan dan menjadi saksi setiap perkara yang dilakukan semsa hidup di dunia..
Ini ditegaskan oleh Allah SWT dalam Al-Qur'an, maksudnya :
"Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungjawapannya"  (Surah Al-Israk, ayat 136)
Ayat ini menjelaskan, telinga, mata, hati dan seluruh anggota badan dipertanggungjawapkan atas apa juga perkara yang dilakukan semasa di dunia. mata yang melihat, telinga yang mendengar, dan hati yang mengeluarkan arahan akan diminta menjadi saksi. Sekiranya hati seseorang itu sering membuat keputusan yang berpandukan dengan ajaran Al-Qur'an , maka berbahagialah mereka yang mempunyai hati seperti ini. Tetapi sekiranya memiliki hati yang sering membuat  keputusan yang berpandukan kepada hasutan syaitan, hanya kebinasaan sahaja yang akan menimpa mereka.
Wallahu'alam..

Copy and Paste ! ^_^



" Sesunggunya dunia ini manis dan hijau, dan Sesungguhnya Allah itu menempatkan kamu di atas dunia ini,  maka sesungguhnya Allah melihat segala apa yg kamu kerjakan.. Peliharalah dunia ini dan wanita wanitanya..kerana sesungguhnya yg pertama kali bencana atau fitnah yg melanda kaum Bani Israil adalah disebabkan wanita.." (Hadis riwayat Muslim).

Dengan nama Allah yg Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana..
Alhamdulillah, bertemu lagi kita pada hari ini di dalam ruang masa yang telah Allah SWT  izinkan utk kita sama2 memanfaatkan masa yg ada dgn perkara2 yg diredhai Allah ...
Beberapa hari yg lalu fiza tidak berkesempatan untuk "mengUPDATEkan" blog ni atas sebab2 tertntu.. Alhamdulillah, hari ini Allah izinkan..=)
Copy and Paste? Maksudnya? .. "Salin dan Tampal"! =)
rasa-rasanya ayat "copy and paste" tu sudah menjadi kebiasaan bagi kita..betulkan? hehe..termasuk fiza sekali..=D 
Akan tetapi, ayat itu bukan sahaja memainkan peranan dalam urusan kerja sahaja (kantoi!), malah ia mampu diguna pakai untuk mendidik adik2 kita dalam mengurus diri..dengan kata lain, kita ( sbg kakak/abang) boleh mendidik adik2 kita dengan "Copy and paste"! I mean, kita boleh mendidik mereka dengan menjadi contoh kepada mereka..kalau kita nak adik2 kita memakai pakaian IMAN, maka, kita lah yg harus mula untuk memakai pakaian IMAN.. Kalau kita nak adik2 kita jadi org yang sopan santun, kita lah yg sepatutnya menjadi seorang yg sopan santun terlebih dahulu..begitulah dengan hal2 yg lainnya..
Hmm..fiza tak berani sangat nak sentuh tntg tanggungjwab parents dalam mendidik, kerana fiza belum ada pengalaman lagi..hehe..tp kalau sebagai kakak..insyaAllah..boleh3~ ^_^ 
Sahabat sekalian, "adik" yg telah Allah SWT anugerahkan kepada kita merupaka amanah kepada kita untuk membimbingnya dengan cara yg baik..kalau salah bimbingan yg diberikan, maka padahlah jadinya..na'uzubillah minzalik. Jadi, sebagai org yg paling rapat dengan adik beradik ,kita haruslah berusaha untuk sama2 membimbing ke arah yg terBAIK dalam semua urusan supaya Allah swt sentiasa mengasihi kita.. Kalau Allah swt mengasihi kita, bukankah beruntungnya kita? =)
Tidakkah kita berasa gembira tatkala kita melihat adik kita menjadi seorg yg soleh dan solehah? patuh kepada suruhan Allahnya? Taat kepada ibu dan bapanya? =)
Jadi , apa tunggu lagi? Jom kita mulakan langkah!! ^_^

Antara Sabar Dan Mengeluh.. by Azela Atul..


       
 Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya. "Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu, tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati." Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini." 

Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu ?" Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?" Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?" 
Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua." 

Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?" Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membedakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."

        Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah s.w.t. dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah s.w.t. dalam sebuah hadith Qudsi,: P
"Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya." 

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,:
" Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang." 
Dan sabda Rasulullah s.a.w pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." 

(Riwayat oleh Imam Majah) 

Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.. =)

Friday 16 December 2011

Mengapa kita harus memuliakan dengan Rasulullah SAW??

Bismillahirahmanirahim..,
Assalamualaikum sahabat mayaku! Alhamdulillah, rindu fiza telah terubat setelah dibenarkan oleh parents fiza utk menghadiri majlis ratib Al Attas bersama Habib Mohamad ( Ustaz Syed Mohamad Bin Al Alwi Al Attas ) mlm tadi..tak dapat digambarkan dengan kata2 tntg perasaan fiza sepanjang majlis ilmu itu..Allahu,..teruja sangat2 untuk mendapatkan ilmu dari org yang tinggi ilmu agamanya., Subhanallah..
Baiklah, petang ni fiza nak berkongsi dengan sahabat sekalian tntg " Mengapa kita Perlu Memuliakan Rasulullah SAW? "  Sebenarnya, tajuk inilah yang telah fiza pelajari dalam tausiyah oleh Habib Mohamad malam tadi.. =)


Diceritakan pada ketika berlakunya perjalanan Rasulullah SAW ke langit ke-7, (Isra' dan Mikraj).. Ketua malaikat yang telah ditugaskan untuk menjaga barisan para malaikat supaya perjalanan Rasulullah SAW berjalan dengan lancar.. Akan tetapi, akibat terlalu sibuk mengawal barisan, ketua malaikat tersebut tidak menyedari kedatangan Nabi Muhammad SAW.. lalu menyebabkan Allah SWT mematahkan sayapnya, maka jatuhlah malaikat tersebut di sesuatu tempat (yang tidak dinyatakan)..Sehinggalah pada saat Rasulullah SAW hendak turun dari langit ke tujuh, beliau ternampak malaikat tersebut yang sedang dalam kesedihan.. Baginda SAW pun bertanya kepada Malaikat Jibrail, " Wahai Malaikat Jibrail, apa yang sebenarnya yang telah berlaku kepada malaikat ini? ". Lalu malaikat Jibrail pun menjawab, " Sesungguhnya, malaikat ini telah ditugaskan oleh Allah SWT utk menjaga barisan para malaikat yang lain..akan tetapi ianya tidak menyedari akn kedatanganmu..Sebab itulah, Allah SWT murka lalu mematahkan sayapnya.." Rasulullah SAW pun berdoa kepada Allah SWT agar megampunkan kesalahan maikat tersebut..lalu Allah SWT pun memperkenankan doa Nabi Muhammad SAW itu tadi..Maka Allah SWT pun memberi balik sayap malaikat tersebut..=)

MasyaAllah.. Sampai begitu sekali pentingnya kita beradab dengan Rasulullah SAW.. Ini baru sahaja cerita yang terjadi kpd para malaikat..belum lagi diceritakan akn kisah manusia yang tidak beradab dengan Junjungan mulia kita, Nabi Muhammad SAW..
Sahabat yang disayangi sekalian, kenapa kita perlu memuliakan Rasulullah SAW?
Jawapan: Kita perlu memuliakan Rasulullah SAW kerana segala yang tercipta semuanya dimulakan dari NUR Nabi Muhammad SAW...malah, nama Rasulullah SAW sendiri telah pun dicatatkan di sisi Allah SWT sebelum tercipta Nabi Adam dan Siti Hawa...
Subhanallah! Hebatnya kuasa Allah SWT..
Kerdilnya kita disisi Allah..
Sahabatku, marilah kita bersama2 melatihkan diri kita untuk sentiasa berselawat dan memuji Rasulullah SAW..supaya dengan itu, insyaAllah kita pasti akn merinduinya ketika kita gembira mahupun ketika kita berduka.. Allahumma Solli 'Ala Muhammad Wa 'Ala alihi Wasohbihi Wassalam..
Alhamdulilllah , sampai di sini saja coretan fiza pada kali ini..Yang baiknya semua datang dari Allah SWT dan yang buruknya datang dari kesilapan fiza sendiri..mohon maaf seandainya terdapat kata2 fiza yang menyinggungkan hati sahabat..=) Mudahan kita berjumpa lagi di lain wacana..InsyaAllah.! Jaga Iman ya Sahabat!




Wednesday 14 December 2011

BerMuraqabah lah kita..

Bismillah..
Dengan Nama Allah kumulakan penulisan ini ..
Semoga mampu memberi kesedaran kepada sy yang menulis dan sahabat yang membacanya..
Tiada lain harapan fiza melainkan agar penulisan ini dicatat di sisi Allah sebagai Ibadah kepadaNya..


Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”
(QS. Al Hujurat: 13)


Alhamdulillah petang semalam fiza tengok TV Al Hijrah..pada masa itu berlansung rancangan Madrasah Akhlak.. Tajuk perbincangan pada petang itu ialah : 
Al Muaqabah..
Al Muaqabah bermaksud menghukum diri di atas penyesalan selepas melakukan dosa kepada Allah SWT.. Muaqabah bertujuan utk mencari jalan penyelesaian kepada masalah yg dihadapi..selain itu, ianya juga untuk mendapat keredhaan Allah SWT...
Sahabat sekalian, 
melakukan proses Muaqabah bukanlah bermaksud kita untuk menghukum diri sampai  ke peringkat "membunuh diri"..hehe. 
Antara kisah yang boleh kita jadikan sebagai contoh terbaik utk bermuaqabah ialah:
Diceritakan suatu ketika dahulu, ketika Saidina Uthman Al Khatab dalam kesibukan kerja nya, beliau terlewat untuk mengerjakan solat Maghrib..Apabila beliau selesai  solat, beliau menyesali perbuatannya kerana beliau sedar..bahawa beliau terlalu asyik dengan urusan dunia hingga terlupa urusan akhirat..
Lalulah, beliau bermuaqabah dengan cara memerdekakan 2 org hambanya..
Contoh kedua pula :
Diceritakan bahawa seorang sahabat Rasulullah SAW yang bernama Tamin Ad-Dari, seorang yang tidak pernah meninggalkan solat tahajjud. Pada suau hari, beliau sangat keletihan lalu tertidur dgn lena pada malam tersebut sehinggalah datang waktu subuh.. Lalu keesokkan harinya, beliau menghukum dirinya dengan menggantikan kesilapannya itu dengan melakukan solat tahajjud bermula selepas solat Isya' sehinggalah waktu subuh selama 1 tahun..Subhanaallah..Allahu Akbar..!
Sampai begitu sekali pengorbanan mereka kan?
" Dosa besar boleh terhapus dengan bertaubat nasuha..,mengalirnya air mata taubat..serta menyesali perbuatan dosa yang lalu...manakala Dosa kecil pula boleh terhapus dengan cara kita berMuaqabah.."
Dengan bermuaqabah kita boleh mewujudkan rasa takut kepada seksa Allah SWT.. dalam kehidupan seharian kita, kadang2 kita tidak mampu lari dari melakukan dosa..tak kira sama ada dosa itu dosa kecil ataupun dosa besar.. Oleh itu, kita boleh mempraktikkan bermuaqabah dalam kehidupan seharian kita.. sebagai contoh:
    " Sekiranya kita terlewat solat Asar sehingga "hampir" masuk waktu solat Maghrib, jadi kita boleh bermuaqabah dengan berazam untuk memberi derma kepada pihak surau seberapa banyak yang kita mampu.."


Ada seorang kakak bertanyakan kalau dekat FB terdapat seorang sahabat yang "macam" sedang mencela dirinya sendiri dengan meng"updatekan" statusnya yang berkata (contoh) : "laaa..pagi ni aku terlewat solat..B----nya aku! ". Apakah ornag itu sedang dikira mengaibkan dirinya sendiri? Adakah perbuatannya itu dikira sebagai bermuaqabah? 
Jadi ustaz itu jwp : " Kawalan di FB seharusnya berasaskan dengan ILMU dan AGAMA bukannya MORAL dan AKHLAK...buat apa kita nak buka aib sendiri..bukankah Allah SWT sentiasa menutup aib kita? " =)
Oleh itu, sahabatku sekalian, kita seharusnya ada "sistem Muraqabah" dalam hidup kita..Sebab dengan bermuaqabah kita telah membuat satu daripada langkah kita untuk mendekati Allah SWT..InsyaAllah!
Sesungguhnya, " Allah itu Basirun - Maha Melihat "...
Wallahu'alam..=)

Tuesday 13 December 2011

Bingkisan Rindu Buat Sahabatku..

Kukatakan dengan indah Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Assalamualaikum sahabat mayaku..=) Apa khbar imanmu hari ini? 
Petang tadi fiza ada chat2 dgn kwn2 lama fiza..ada yang dari Semenanjung , ada yang nun jauh di Tanah BerPasir.hehe..
ada juga yang dekat dgn fiza tp hakikatnya jauh sikit la..=) timbul pula rasa rindu di hati..seminit dua selepas itu fiza tengok la gambar2 sahabat fiza ..Alhamdulillah, mereka smuanya nampak sihat dan ceria..well, ni kan masa ...CSLSPM ( Cuti Sementara Lepasan SPM)..hehe..
Memandangkan ini Tajuk pertama fiza, biarlah fiza mulakan dgn firman Allah SWT di dlm hadis Qudsi yang bermaksud :


 “ Sudah pastilah kecintaan-KU itu untuk orang-orang yang saling ziarah menziarahi kerana AKU. Sudah pasti pula kecintaan-KU untuk orang yang saling cinta menyintai kerana AKU, sudah pasti pula kecintaan-KU kepada orang-orang yang saling bantu membantu kerana AKU. Juga sudah pastilah kecintaan-KU untuk orang yang saling tolong menolong kerana AKU.” - HR Ahmad dan Hakim.


Di malam yang indah ini, fiza nak berkongsi dgn kalian tentang sebuah  kisah " My میرا ~"
Nak tau kisahnya?? jom kita zassSS...=D
ALKISAH, " Amelios, kamek sayang kitak!" - eh? siapa Amelios tu?? =_='
tuu..gambar kat bawah tuu..>_>
haaa.. sahabatku ini bernama Nur Amelia Bt Zaidil.. She was my first bestfriend! the second one is Fatin      Najwa..tp gmbr dia, fiza tak jumpa... time fiza baru je masuk kelas 5 Mawar, Amelia lah yg jd teman karib fiza..sampailah sekarang ni..Alhamdulillah, dulu.. kita org slalu kongsi harta benda..hehe! kalau korg nak tau, Amelia mempunyai "sistem" tulisan yg sangat "ayu"..subhanallah..tengok skali confirm terpikat. Allahu Akbar!

                                     Amelia sahabtku, jangan marah ye~


Tamat je persekolahan fiza di darjah 6, fiza berpisah dgn Amy..sbb Amy terpilih masuk skolah berasrama penuh dan fiza pula bersekolah di sekolah yg tak berasrama..hehe (sekolah harian)..walaupun berjauhan, kdg2 hujung mggu tu memang fiza/ Amy akn keep in touch lah.. sampailah dia bersekolah di bumbung yg sm dgn fiza..iaitu di SMK TUNKU ABDUL RAHMAN KUCHING.
Alhamdulillah sampai sekarang..Amy memang sahabat yang baik ..fiza bersyukur sgt sbb Allah SWT telah kurniakan kpd fiza seorg shbt yg baik hati mcm Amelios ni..^_^


                        Haaa...ni pula 3 org bidadari cantek yg slalu di hati fiza..


Lets us begin with sebelah kanan dulu, sbb memulakan sesuatu dgn sebelah kanan kan SUNNAH Rasulullah SAW...=) ok, Sebelah kanan tu, namanya, Syarifah Nur Azirah bt Wan ......***, yg tengah2 tu namanya Nur Syafiqa Hazirah Bt Yusri..dan yg comey sebelah kiri tu, Erin Elliey Fazira Bt Bojeng..


Syarifah Nur Azirah A.K.A Azah , seorag sehabat yg ada kecoh2 sikit..tp bila masa mood dia tak elok..dia akn mendiamkan diri, TAPI org sekeliling yg kecoh dibuatnya..hehe. Hatinya mudah terusik..tp SUKAR utk DIRAMPAS..:) kadang2 Azah ni suka buat org NABES..~ Suka makan mee goreng INdo..roti campur dgn milo+gula..dan lain2.. kuat berazam..mempunyai semangat yg tinggi dan Cute memang dijadikan pegangannya..:P
Fiqa pula seorg yg humble..kind..n sometimes dia ni diam2 tp berisi~ hehe..
mempunyai KELEBAR yg beso..tp itu cuma "pin" sahaja..petah berkata2, pandai berhujah, dan yg paling penting, dia ni jenis yg BLUR2.."hah?, Hah? APA TEK ija? hah..?" :D rindu lah mek nk dgr sora ktk fiqa..
(aduh sleng sarawak sik pat dikontrol gik dah..) ehem2..
yg Comey2 tu  namanya "Ei-LING"..seorg yg pendiam, tp otaknya, subhanallah! memang Otak geliga.. pelajar yg bijak dan suka berkongsi ilmu dgn yg lain..dkt skolah, dialah yg merangkul gelaran the TOP 3 student ..no 1, 2  tu memang mainan dia dalam kelas..Allahu 'Alim.. mula2 fiza tak rapat sangat dgn dia tp perancangan Allah SWT ada hikmah yg tersirat kan? ..Alhamdulillah..sejak dpt duduk sebelah dia dlm kelas memang kami berdua menjadi sahabat baik..byk yg fiza belajar dari Erin,. Subhanallah walhamdulillah walaillahaillallah wallahu akbar..! =)
Dan yg terakhir sekali ..namanya, AIMAN ZAWANI bt Salleh. 
(kalau tgk gmbr kat bawah tu..Aiman yang pakai busana biru ) yg tengah2 tu entahlah fiza "kurang pasti siapa gerangannya" ..yg kat sebelah kiri tu Erin .. hehe..


Aiman zawani seindah nama,subhanallah..mudahan sahabat2ku ini Allah jadikan mereka wanita syurga...ketua bidadari bg semua mereka masing2..insyaAllah!
seorg yg Berjiwa Lembut, Penyayang..walaupun "agak sedikit" kasar tp dia bertindak sedemikian dkt lelaki shj.. she was a good defender of friend.hehe..
kalau ada masalah , ckp je kat dia..insyaAllah dia boleh jd pendengar yg baik..=) Aiman..Erin..mek rindu tak duak gilak2..
(Aiman..Erin, fiza rindu korang sangat2~ hehe,  bg yg nak blaja bhs kampung Sarawak boleh bagitau kat fiza..nanti fiza boleh ajarkan..,kalau bukan fiza, kwn2 fiza boleh tolong ajarkan..hehe =) insyaAllah ) 


--------------------------------------------------------------
 Ini pula kisah persahabatan fiza di alam maya,..
Pada mulanya fiza hanya kenal Dayang Hafizah..pastu bestpren nya, Nadia a.k.a Yaya ..kedua-dua "miak kecik" ni pandai sgt mengambil hati fiza..biasanya, kalau fiza "chatting" dgn mereka berdua, fiza merasakan yg fiza ni masih lagi "budak tadika"..hehe..kalau korg nak berknlan dgn kedua2 miak kecik ni,fiza amat mengalu-alukannya..(tapi untuk Hawa shj ok? =) ) 
Macam2 yang telah berlaku sehinggalah muncul pula dua org jejaka~ huhu..bukan teman istimewa ehh..mereka adalah akhi Muhammad Haziq dan akhi Saiful Azhar..
kalau nak describe tntg dua org akhi ni,susah sikit..tp yang pastinya..dpt di"terjemah"kan melalui gambar di bawah ...


Haaa...mcm tu lah kisahnya..hehe..yang jauh sikit tu fiza..yg "angkat tgn" tu.Dayang Hafizah..:D yg buat "tgn cengkung" tu YAya.. yg "angkat berat" tu pula akhi Haziq..dan akhir sekali, akhi Saiful..haha..=P
walaupun fiza tak pernah jumpa mereka berempat ni, fiza selalu merasakan yg mereka dekattt sangat dgn fiza..kalau nak tau kenapa,fiza pun tak punya jawapan.. Hanya Allah SWT saja yg Maha Mengetahui...


Taman- Nau fiza! - ok, My wish is, berharap agar semua sahabat fiza pandai2 jaga diri..fiza tak dapat selalu bersama dgn korg..tp jgn risau, fiza sntiasa ingat kenangan kita..mudah-mudahan kita dapat bersahabat di dunia dan di akhirat..Tolong ingatkn fiza kalau fiza lupa.. dan tolong sedarkan fiza kalau fiza terlalu lena.. =')
Sahabat, ini pesanku...
"Seorang sahabat tidak akan menyembunyikan kesalahan untuk menghindari perselisihan, justru karena kasih yg ada di hati akn memberanikan diri menegur sedaya upaya supaya kita tergolong dlm dolongan yg saling ingat mengingati.. Atas nama Allah SWT kita berukhwah..atas dasar cinta kpd Allah SWT juga kita menuju matlamat yang sama..!" ^_^


Alhamdulillah, 
DenganNya kami bersama2 meniti jalan hidayah. Memberanikan diri melangkah setapak demi setapak melalui satu wadah bernama Tarbiyah. 
Life must go on! Langkah pun harus diteruskan. Meskipun harus berpisah dan jauh dari sahabat, fiza bersyukur kpd Allah SWT kerana dpt mempertemukan fiza dgn sahabat2 yg baik.
Akhir sekali semoga kita mendapat pelajaran dari setiap perjalanan hidup kita dan semoga ukhuwah yang sudah ada akan semakin harmoni dan erat ikatannya. Amin. Terima kasih fiza ucapkan kepada semua sahabat yang telah hadir dalam hidup ini.."Kitak orang lah My میرا  di dunia dan di akhirat! "  InsyaAllah.Terima lah bingkisan Rindu ini ikhlas dariku..sahabatmu, 
Nurhafiza bt Abd Nasir...
Sesungguhnya sahabat, bersamamu aku menjadi kuat!


By : Nurhafiza Nasir =)
                                                                                                              
.: Taman Sejati :.

Monday 12 December 2011

Madah buat Semua....=)



Alhamdulillah,
Syukur kepada Allah ya Rahman ya Rahim, yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..di atasa IlmuNya dan kesempatan masa yang diberiNya untuk sama-sama kita mendapat manfaat daripada Asmaul HusnaNya..
Sesungguhnya di sebalik nama-namaNya terkandung kehebatan, keanggungan, kemuliaan, keampunan dan keajaibanNya. Hanya dengan menghayati namaNya yang indah ini, mampu membuka tabir antara seorang hamba dgn Rabbnya..
Laman Blog ini adalah manifestasi daripada hasil yg telah diperolehi sepanjang perjalanan hidup seorang dai'e yang masih mencari cahaya Nya..
Selain itu, Laman Blog ini turut merupakan satu wacana bagi menyuarakan bicara yang lahir dari hati nurani yang paling dalam yang telah diciptakan oleh Allah SWT. Diharapkan sahabat sekalian mampu menjadi pembaca yang setia serta saling  berkongsi-kongsi pendapat mahupun ilmu dengan fiza..=)
p/s: Sahabatku, sekiranya sahabat sekalian ingin berkongsi apa2 ilmu ataupun cerita,pengalaman dan sebagainya, fiza amat berbesar hati utk membantu sahabat sekalian utk saling berkongsi di laman blog ini..hal ini kerana, blog ini diwujudkan ats dasar ingin mewujudkan medan perkongsian ilmu dengan sahabat..mudah-mudahan hati kita sama2 gembira dan harapan fiza tidak lain tidak lah bukan supaya Allah SWT memberkati ilmu yang telah kita kongsi bersama. InsyaAllah..

Sahabat yang budiman, Allah SWT itu sewajarnya mendapat pujian dari hamba-hambaNya setiap masa kerana kasih sayang, perlindungan, dan pertolongan yang kita kecapi setiap saat adalah datang dariNya. Tetapi selama ini kita tidak mampu memuji Allah SWT dan merasa kagum denganNya kerana tidak nampak itu semua. Malah, yang nampak adalah kasih sayang makhluk, perlindungan dan pertolongan yang diberikan oleh makhluk. oleh itu, jadilah hamba yang mengagungkan makhluk melebihi Allah SWT. ungkapan di bibir sesungguhnya tidak memberikan apa-apa erti dalam hidup kita kerana pergantungan masih kuat kepada makhluk berbanding pergantungan kepada Allah SWT.

Sebenarnya, kita masih mampu memujiNya, merendah diri , menginsafi diri dan memohon serta bergantung kepadaNya. Diikuti dengan keyakinan yang padu dan melihat setiap keajaiban yang berlaku, kita dapat merasakan bahawa kita amat dekat denganNya. Dia amat dekat dgn kita, malah lebih dekat dari urat leher kita.. Subhanallah!

Semoga dengan membaca laman blog yang serba kekurangan ini, mampu membuat satu anjakan paradigma dalam pemikiran, jiwa dan perubahan tindakan sahabat sekalian sehingga mampu menjadikan diri benar-benar hamba Allah SWT dan pengikut kekasihNya, Nabi Muhammad Bin Abdullah, Rasulullah SAW..dan seterusnya mengecapi kebahagiaan dunia dan akhirat, InsyaAllah!

Salam kasih sayang dari seorang insan kerdil kepada seluruh sahabat di dunia ini. Maaf sekiranya terdapat kelemahan di dalam bicara ini.. Yang baik itu adalah dari Ya Alim dan yang salah itu dari diriku yang masih belajar dari Ya Alim..
InsyaAllah, jumpa lagi di lain wadah..=)
Wassalam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...