Thursday 15 March 2012

Diam itu lebih BAIK =) By Muslimah Asmah

Aku belajar DIAM dalam banyak berbicara..
Aku belajar menjadi insan yang REDHA dalam mengharungi ujian yang tiba..
Dan aku belajar TERSENYUM dalam kepahitan yang menimpa..




Bagaimana orang mukmin itu diamnya menjadi Ibadah??
- kadang-kadang sibuk memikirkan dosanya.
- kadang-kadang memikirkan apa kebaikan yang nak dibuat..
- kadang-kadang memikirkan hendak menolong kawan..
- kadang-kdang dia menjiwai kebesaran Tuhan..
- ataupun, dalam diam ,dia berniat untuk tidak bercakap yang bukan-bukan..
- dia takut dia melakukn kesilapan seperti mengumpa, mengeji dan seagainya..
- dia ingin menghormati percakapan orang..
- dia memikirkan dosa-dosanya yang lalu..
- dia memikirkan adakah ilmu yang telah dipelajari sudah dimanfaatkan?

"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam.." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Wednesday 18 January 2012

BerDoa ketika susah dan senang..~ by Adek (Dayang Nurfaizera)



Assalamualaikum semua! :)



Allah Yang Maha Kuasa, Maha Pengasih dan Maha Penyayang,telah berfirman dalam Al Quran bahawa Dia dekat dengan manusia dan akan mengabulkan permohonan orang2 yang berdoa kepadanya. 

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi-Ku, dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran." (Q.s. al-Baqarah: 186).


           Masyarakat Islam secara umumnya memandang doa terlalu rendah nilainya, sedangkan ilmu diangkat tinggi pula oleh sesetengah pihak. Khilaf ini menjadikan kita bangsa yang berilmu akn tetapi ilmu tersebut tidak mampu memberi manfaat kepada kita. Kita tidak berusaha menyalurkan ilmu itu ke tempat yang sepatutnya. 




Bukan tangan tidak sampai, bukan juga kaki tidak jejak namun hati yang buta lantaran keberkatan yang menyepi lalu membiarkan manusia sendiri tergapai-gapai dalam cerah. Ingatlah setinggi mana pun menara yang kita daki, seluas mana pun kota yang kita terokai, Allah SWT tetap ada memerhatikan tingkah laku kita. Jangan lupa, smeua percaturan dan perjalanan adalah dengan kehendak dan izin dariNya. tanpa Dia, siapalah kita, Berdoalah seperti setianya nabi2 kita meminta pertolongan dan redha Allah SWT.. 
Sebelum mengakhiri perkongsi pada hari ini, marilah kita merenung sektika sabda Rasulullah SAW bermaksud; " Doa itu adalah IBADAT"- HR BUKHARI

Huraian:
  • - Doa adalah memohon pengampunan dan pertolongan dan hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat memberikannya.
  • - Orang yang berdoa hendaklah melahirkan kehinaan dan kerendahan diri serta menyatakan hajat dan tunduk kepada Allah sebagai menunjukkan bahawa kita berhajat kepada Allah untuk memperolehi sesuatu yang kita kehendaki.
  • - Doa adalah suatu ibadat yang sangat penting kedudukannya dan sangat mahal nilainya bahkan ia adalah pintu yang paling utama daripada pintu-pintu ibadah yang lain dalam meperhambakan diri kepada Allah.
  • - Apabila seseorang itu berdoa maka hendaklah ia melakukannya dengan sebaik-baiknya dan dengan memelihara adab-adabnya. Dengan itu barulah doanya akan dimakbulkan oleh Allah S.W.T.

Demi Allah, Aku Tidak Akan Menyentuhmu…

Demi Allah, Aku Tidak Akan Menyentuhmu…

Sebuah komik yang mengisahkan kemuliaan hati seorang lelaki muslim yang cintakan Allah. Komik ini diadaptasi dari kisah benar yang..ehem2!hehe

A student was once studying in Delhi. The night had already set in, as he sat alone in the mosque. Studying by the lamp’s flame.

In the same locality a young lady was on her way to visit some relatives. However, a riot broke out and the street were not longer safe..

The young lady could find no place of refuge except this very mosque.

When the student saw her, he ordered her to leave immediately.

He told her ”it is not appropriate for you to remain here because if the local people see you here then this will be a cause for my disgrace,they will remove me from the masjid and this will cause harm to my studies. A riot has broken out in the locality and if I leave the masjid I fear that I whould be dishonored.

Upon hearing these words, the student kept quiet and asked her to sit in one corner. Thereafter the student returned to his corner and engaged himself in studying the whole night.

While studying he whould momentarily place his finger-tip on the flame of his lamp.

The young lady had been carefully observing this.

Slowly the night has brunt away. At the break of dawn, the student told the young lady. ”The riot has subsided and the road is safe. Let me take you to your home.” The young lady said. ”I will not return home until you reveal to me, the secret for repeatedly placing your finger tip on the flame of your lamp.” The student said, ”You should not concern yourself with that.”

Nevertheles, the young lady persisted in her request . The student finally said, ”The devil repeatedly whispered into my heart and encouragedme to do evil with you. Hence I placed my finger tip on the flame and addressed myself thus:

‘When you cannot bear the heat of the fire of this world, then how will you ever bear the painful fire of jahannum?.. Allah, though His Grace protected me. Hearing this, the young lady returned home.

She was the daughter of a weathly person and she was about to be engaged to the son of another weathly person.

After this incident she refused the proposal and said: ”I desire to marry a certain student who lives in such and such a masjid.” Her parents and relatives started to convince her and many began entertaining bad thoughts about her. When she observed this, she explained to them the entire incident..and said ”I will only marry him because he has the fear of Allah in this heart. And whoever fear Allah cannot harm to anyone.”

Finally , they were wed and Allah made them prosper.. 15) People marry for Four reasons, Beauty, Weath..

Social status,and virtue Marry for virtue that you may be successful -Hadeeth- What will be your reason?

Komik ini dipetik dari blog Serikandi Sang Pencinta.Dilukis oleh Nurel Yana Maurad dengan tajuk The Pious Student.

Ini adalah kisah benar yang ditulis oleh Maulana Siddiue Ahmed Sahed Mudda Zilluhu. Boleh di dapati di dalam bukunya ”Adaa’bul Muta’allimeen”.

Baca lebih banyak komik-komik Islam di Muslim Manga.

Thursday 12 January 2012

Law Kana Bainana =')

" 3 perkara yg barangsiapa terdapat padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan RasulNya adalah lebih dia cintai daripada selainnya, dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci untuk dilemparkan ke dalam api (neraka)"
 HR Bukhari dan Muslim 

                                                                                (pintu emas masuk ke makam Rasulullah SAW)


Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa,
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan,
Keampunan-Mu, dan sifat pemurah-Mu dan kebebasan daripada neraka-Mu,
Dan juga kami tamakkan syurga, yang dimasuki bersama-sama penghulu seluruh manusia.

Kami mohon pada-Mu...
Mohon dengan sangat, wahai Tuhanku,
Dari sudut hati kami yang paling dalam...

Kalaulah Kekasih-Mu, masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah
dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya,
rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu.

Berada berhampiran Baginda, jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah, akan diperkenankan,
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna,
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba...

Hidayahmu kepada alam merata meluas,
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah,
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih,
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.

Kutebus diriku dengan dirimu, wahai Kekasihku,
Nabi Muhammad yang mulia, yang asing,
Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum,
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam....

Wahai Kekasihku, wahai Nabi Muhammad
Wahai doktor hatiku, wahai yang dipuji dipuja
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu.


(lirik lagu Law Kana Bainana)

Wednesday 11 January 2012

Jom Bina benteng Malu...! :D

Assalammualaikum! hai rakan mayaku..apa khabar imanmu hari ini ya? kalau baik, alhamdulillah..tp kalau sebaliknya, cepat2lah kita bertindak! ok! Kalau sahabat nak tahu, dekat dunia ni banyak "benteng" yg telah didirikan bagi keselamatan sesebuah negara. Tapi apa yg sy nak kongsikan pada hari ini adalah pentingnya bina "benteng malu". Hal ini kerana, dengan adanya enteng malu, kita sebagai kaum HAWA insyaAllah akn selamat duniawal akhirah.. :)
    Malu bermula pada diri sendiri. Kemudian malu kepada Allah SWT yg Maha Melihat. Jika dua jenis malu ini telah berjaya dipupuk, tidaklah sukar untuk malu kepada manusia pula. Dengan rasa malu seperti inilah, manusia dapat hidup sejahtera dan akn berasa takut untuk berbuat maksiat. Ini kerana sebelum orang lain melihat, diri sendiri sudah melihat. Lebih tinggi daripada itu, Allah SWT pula sedang memerhatikannya~
Sahabatku,
Bentengkan dirimu dengan perasaan malu ketika bersosial. Tidak kiralah dengan siapa anda berada, rakan sekelas, teman-teman sekampung ataupun rakan sepersatuan, jadikanlah rasa malu itu tonggak utama! Hal ini kerana seseorang perempuan itu akan dinilai melalui perasaan malunya.. Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan  perempuan yg pemalu memuktikan dirinya ada iman! :) Subhanallah...
Bersopan santun ada faedahnya, sahabatku.. Selitkan juga dengan rasa malu. Jadi, apabila hendak ketawa, tidaklah mengilai seperti pontianak di atas pokok kekabu, kan? hehe! Kalau nak, cuba sahabat mengilai di hadapan cermin dan pandang wajah sendiri. Agak-agaknya lah, rupa yg cantik molek tu menjadi rupa apa ya? hehehe..(awas,jgn lakukan di cermin sekolah..! bahaya! :p)
    Ada sedikit peringatan daripada Nabi kita, Nabi Muhammad SAW. Sabdanya:
"Jika engkau tidak malu, maka buatlah apa yg engkau suka"- HR Bukhari.
Nah, peringatan ini jelas bermaksud sindiran kepada mereka yg tidak malu berbuat jahat, sama ada secara zahir di hadapan org lain atau di tempat tersembunyiiiiii~ Tidak malu bermaksud tidak takut akn dosa akibat perbuatannya itu.

Perbuatan kita bukan hanya dinilai di mata manusia tapi akn juga turut dinilai oleh ALLAH, malah menjadi kayu ukur tinggi rendah iman seseorang itu. Jika berbuat sesuatu yg mengaibkan diri sendiri,sudah tentulah akn dibenci manusia apatah lagi ALLAH SWT. MasyaAllah.
Oleh itu, pentingnya kita bina benteng malu secepat yg mungkin...:)

Sunday 8 January 2012

Kembara Roh...by Imam Ghazali dalam Kasyfu Ulumil Akhirah

             Selepas roh dicabut dari tubuh manusia, ia disambut oleh dua malaikat yang sangat cantik wajahnya, yang erpakaian indah dan berbau harum. Kemudian roh itu dibalut dengan sutera dari syurga. Roh tersebut pun diangkat naik ke langit.. Apabila tiba di langit pertama, malaikat pemawa roh memperkenalkan diri, kemudian menyebut nama roh tersebut. Gembiralah malaikat penjaga langit itu kerana nama tersebut sudah ada dalam senarai mereka dan mereka tertunggu-tunggu kedatangannya.. Lagipun katanya, roh si polan sangat mulia kerana memiliki akidah yang benar.
            Di pintu langit kedua pula, roh tersebut disambut oleh malaikat dengan meriah kerana roh tersebut memiliki amalan solat yang sempurna. Ketika sampai di langit ketiga, malaikat mengalu-alukannya dengan penuh takzim kerana malaikat sudah mendapat senarai amalannya di atas dunia. Ketika hidup, roh ini sangat berhati2 tentang hartanya iaitu mencari harta yg halal dan membelanjakannya ke jalan kebaikan semata2...
           Di langit keempat, malaikat meraikan roh tersebut kerana dia amat menjaga amalan puasanya ketika hidup. Di langit yg kelima, malaikat menyambut roh dengan hormat kerana hajinya yg mabrur.. Dia telah menyempurnakan haji kerana Allah SWT dan bukan untuk bermegah2.. Ketika tiba di langit keenam, malaikat mempersilakan roh memasuki pintunya kerana roh ini merupakan anak yg taat akn ibu bapanya.. hati mereka berdua tidak pernah diguris.. Dan ia sebagai anak juga tidak pernah menderhaka.
           Di langit ketujuh, roh disambut dengan gembbira kerana inilah orangnya yg sanggup bangun pada tengah malam untuk bertahajjud ketika orang lain sedang lena tidur. Orang ini juga selalu menjaga hak anak2 yatim di sekeliling ketika hayatnya..
Setelah melepasi langit ke tujuh, roh yg berjaya ini tiba di suatu mahligai bernama "suradiq". Semua roh orang mulia dalam kalangan mukmin ditempatkan di sini.. Roh disambut dengan gilang-gemilang...!

Mengapa roh si polan tiada bersama kita sedangkan sudah lama dia mati? Ohh..rupa-rupanya dia termasuk dalam golongan orang yang rugi, jadi seab itulah dia tiada di sini............
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...