Beberapa hari yg lalu fiza tidak berkesempatan untuk "mengUPDATEkan" blog ni atas sebab2 tertntu.. Alhamdulillah, hari ini Allah izinkan..=)
Copy and Paste? Maksudnya? .. "Salin dan Tampal"! =)
rasa-rasanya ayat "copy and paste" tu sudah menjadi kebiasaan bagi kita..betulkan? hehe..termasuk fiza sekali..=D
Akan tetapi, ayat itu bukan sahaja memainkan peranan dalam urusan kerja sahaja (kantoi!), malah ia mampu diguna pakai untuk mendidik adik2 kita dalam mengurus diri..dengan kata lain, kita ( sbg kakak/abang) boleh mendidik adik2 kita dengan "Copy and paste"! I mean, kita boleh mendidik mereka dengan menjadi contoh kepada mereka..kalau kita nak adik2 kita memakai pakaian IMAN, maka, kita lah yg harus mula untuk memakai pakaian IMAN.. Kalau kita nak adik2 kita jadi org yang sopan santun, kita lah yg sepatutnya menjadi seorang yg sopan santun terlebih dahulu..begitulah dengan hal2 yg lainnya..
Hmm..fiza tak berani sangat nak sentuh tntg tanggungjwab parents dalam mendidik, kerana fiza belum ada pengalaman lagi..hehe..tp kalau sebagai kakak..insyaAllah..boleh3~ ^_^
Sahabat sekalian, "adik" yg telah Allah SWT anugerahkan kepada kita merupaka amanah kepada kita untuk membimbingnya dengan cara yg baik..kalau salah bimbingan yg diberikan, maka padahlah jadinya..na'uzubillah minzalik. Jadi, sebagai org yg paling rapat dengan adik beradik ,kita haruslah berusaha untuk sama2 membimbing ke arah yg terBAIK dalam semua urusan supaya Allah swt sentiasa mengasihi kita.. Kalau Allah swt mengasihi kita, bukankah beruntungnya kita? =)
Tidakkah kita berasa gembira tatkala kita melihat adik kita menjadi seorg yg soleh dan solehah? patuh kepada suruhan Allahnya? Taat kepada ibu dan bapanya? =)
Jadi , apa tunggu lagi? Jom kita mulakan langkah!! ^_^
No comments:
Post a Comment