Sunday 8 January 2012

Kembara Roh...by Imam Ghazali dalam Kasyfu Ulumil Akhirah

             Selepas roh dicabut dari tubuh manusia, ia disambut oleh dua malaikat yang sangat cantik wajahnya, yang erpakaian indah dan berbau harum. Kemudian roh itu dibalut dengan sutera dari syurga. Roh tersebut pun diangkat naik ke langit.. Apabila tiba di langit pertama, malaikat pemawa roh memperkenalkan diri, kemudian menyebut nama roh tersebut. Gembiralah malaikat penjaga langit itu kerana nama tersebut sudah ada dalam senarai mereka dan mereka tertunggu-tunggu kedatangannya.. Lagipun katanya, roh si polan sangat mulia kerana memiliki akidah yang benar.
            Di pintu langit kedua pula, roh tersebut disambut oleh malaikat dengan meriah kerana roh tersebut memiliki amalan solat yang sempurna. Ketika sampai di langit ketiga, malaikat mengalu-alukannya dengan penuh takzim kerana malaikat sudah mendapat senarai amalannya di atas dunia. Ketika hidup, roh ini sangat berhati2 tentang hartanya iaitu mencari harta yg halal dan membelanjakannya ke jalan kebaikan semata2...
           Di langit keempat, malaikat meraikan roh tersebut kerana dia amat menjaga amalan puasanya ketika hidup. Di langit yg kelima, malaikat menyambut roh dengan hormat kerana hajinya yg mabrur.. Dia telah menyempurnakan haji kerana Allah SWT dan bukan untuk bermegah2.. Ketika tiba di langit keenam, malaikat mempersilakan roh memasuki pintunya kerana roh ini merupakan anak yg taat akn ibu bapanya.. hati mereka berdua tidak pernah diguris.. Dan ia sebagai anak juga tidak pernah menderhaka.
           Di langit ketujuh, roh disambut dengan gembbira kerana inilah orangnya yg sanggup bangun pada tengah malam untuk bertahajjud ketika orang lain sedang lena tidur. Orang ini juga selalu menjaga hak anak2 yatim di sekeliling ketika hayatnya..
Setelah melepasi langit ke tujuh, roh yg berjaya ini tiba di suatu mahligai bernama "suradiq". Semua roh orang mulia dalam kalangan mukmin ditempatkan di sini.. Roh disambut dengan gilang-gemilang...!

Mengapa roh si polan tiada bersama kita sedangkan sudah lama dia mati? Ohh..rupa-rupanya dia termasuk dalam golongan orang yang rugi, jadi seab itulah dia tiada di sini............

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...