Wednesday 11 January 2012

Jom Bina benteng Malu...! :D

Assalammualaikum! hai rakan mayaku..apa khabar imanmu hari ini ya? kalau baik, alhamdulillah..tp kalau sebaliknya, cepat2lah kita bertindak! ok! Kalau sahabat nak tahu, dekat dunia ni banyak "benteng" yg telah didirikan bagi keselamatan sesebuah negara. Tapi apa yg sy nak kongsikan pada hari ini adalah pentingnya bina "benteng malu". Hal ini kerana, dengan adanya enteng malu, kita sebagai kaum HAWA insyaAllah akn selamat duniawal akhirah.. :)
    Malu bermula pada diri sendiri. Kemudian malu kepada Allah SWT yg Maha Melihat. Jika dua jenis malu ini telah berjaya dipupuk, tidaklah sukar untuk malu kepada manusia pula. Dengan rasa malu seperti inilah, manusia dapat hidup sejahtera dan akn berasa takut untuk berbuat maksiat. Ini kerana sebelum orang lain melihat, diri sendiri sudah melihat. Lebih tinggi daripada itu, Allah SWT pula sedang memerhatikannya~
Sahabatku,
Bentengkan dirimu dengan perasaan malu ketika bersosial. Tidak kiralah dengan siapa anda berada, rakan sekelas, teman-teman sekampung ataupun rakan sepersatuan, jadikanlah rasa malu itu tonggak utama! Hal ini kerana seseorang perempuan itu akan dinilai melalui perasaan malunya.. Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan  perempuan yg pemalu memuktikan dirinya ada iman! :) Subhanallah...
Bersopan santun ada faedahnya, sahabatku.. Selitkan juga dengan rasa malu. Jadi, apabila hendak ketawa, tidaklah mengilai seperti pontianak di atas pokok kekabu, kan? hehe! Kalau nak, cuba sahabat mengilai di hadapan cermin dan pandang wajah sendiri. Agak-agaknya lah, rupa yg cantik molek tu menjadi rupa apa ya? hehehe..(awas,jgn lakukan di cermin sekolah..! bahaya! :p)
    Ada sedikit peringatan daripada Nabi kita, Nabi Muhammad SAW. Sabdanya:
"Jika engkau tidak malu, maka buatlah apa yg engkau suka"- HR Bukhari.
Nah, peringatan ini jelas bermaksud sindiran kepada mereka yg tidak malu berbuat jahat, sama ada secara zahir di hadapan org lain atau di tempat tersembunyiiiiii~ Tidak malu bermaksud tidak takut akn dosa akibat perbuatannya itu.

Perbuatan kita bukan hanya dinilai di mata manusia tapi akn juga turut dinilai oleh ALLAH, malah menjadi kayu ukur tinggi rendah iman seseorang itu. Jika berbuat sesuatu yg mengaibkan diri sendiri,sudah tentulah akn dibenci manusia apatah lagi ALLAH SWT. MasyaAllah.
Oleh itu, pentingnya kita bina benteng malu secepat yg mungkin...:)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...